Monday, April 27, 2009

Pembelian Pasir Sungai dan Batu aggregate (batu 3 1/4)



Pasir kasar (pasir sungai) dan juga batu aggregate telah dibeli. Setiap satunya dihantar dengan lori 6 tayar.

Pemasangan Pagar Concrete



Pada 26 April, kerja2 pemasangan Pagar Concrete telah bermula. Terdapat juga sedikit kesukaran untuk membawa campuran simen concrete dgn kereta tolak ..coz jln yg agak berair..berselut

Friday, April 24, 2009

Tiang Pagar Concrete



Tanggal 24 April 2009, Tiang pagar concrete telah dibeli sebanyak 200 batang dengan harga RM12 sebatang. So, untuk memulakan penanaman, pagar mesti dibina untuk mengelakkan gangguan binatang atau sebargainya. Tambahan pula di sini terdapat sebanyak 100 ekor lembu.

Monday, April 20, 2009

Kerja kebun sampai malam


Ini lah kehidupan dikebun....Punya la syoknya kerja kat kebun,... sampai tak sangka hari dah malam. (Pembinaan dinding Toilet)...Apa2 hal pun, toilet la yang paling penting kat kebun ni....maklum la ..jauh drpd bandar dan petro pump...

Merendahkan kecerunan Jalan masuk Utama



Bulan lepas iaitu pada 14 Feb 2009, jalan masuk utama siap dibina . Malangnya jalan itu terlalu cerun (45^o). Untuk mendakinya dengan menggunakan kenderaan agk sukar terutamanya semasa musim hujan. Pernah sekali semasa kami membeli pasir dan batu agregate (batu 3/4), Lori dari kedai hardware tidak dapat mendaki cerun ini, lalu mereka pulang semula. Sejak dari itu, sukar la bagi kami untuk membeli barang2 keperluan kebun daripada kedai hardware. Oleh itu pada 19 April 2009, sekali lagi Jcb telah dipanggil untuk merendahkan cerun bukit tersebut. Kerja2 ini memakan masa dari jam 8:30am sampai jam 1:30 tgh.






Dan pada sebelah petangnya pula, Jcb ini membersihkan sebelah depan kebun kami iaitu daripada jam 1 ptg sehingga jam 5 ptg.

Pembinaan Jalan Masuk Utama dan Telaga




Pada tanggal 14 Feb 2009, kami telah menyewa case (JCB) dengan sewaan RM380 sehari. Kami telah mengarahkan Jcb ini membina jalan masuk di tepi laluan 33kV TNB dengan menarah cerun bukit setinggi 15 kaki. Ini memakan masa 1/2 hari. Pada sebelah ptg pula, JCB ini telah diminta untuk membina jalan masuk didepan kebun dan juga membersihkan kebun.
Pembersihan kebun telah dimulakan pada sebelah petangnya bermula jam 1 ptg sehinngga jam 3 ptg.
Pada jam 3 ptg JCB telah berehat selama 15 minit.
Pada jam 3.20 ptg sebuah telaga telah di korek sedalam 10 kaki. Kami telah meletakkan 3 biji 3'x3' Calvet (Kelongkong).... begini la keadaan perigi yg telah siap dibina yang mampu membekalkan air utk meracun, menyiram dan juga membancuh simen.

Jalan masuk Kebun - "Suatu Halangan"



Untuk memasuki ke Kebun kami, kami menumpang jalan ladang "Labu Estate". Pada tanggal 7 Feb 2009, Malangnya jalan ini telah dipagar oleh pihak estate.

Maka, Patah kaki la kami nak pergi ke kebun.

Thursday, April 16, 2009

Pembinaan Rumah Pekerja dan Toilet
















Pada tanggal 5 April 2009, kami telah berjaya mendirikan 9 batang tiang rumah.




Disamping itu, kami juga telah mula membina tandas. Kerja-kerja menggali lubang tandas telah siap dan saluran najis juga telah siap dipasang. Dinding tandas setinggi 3 kaki telah dibina.

Pada tanggal 24 April 2009, diding tandas setinggi 7 kaki telah siap dibina.





Kerja-kerja pembersihan Kebun















Pada tanggal 1 feb 2009, Begini la keadaannya....permulaan untuk memulakan kebun....agak sukar juga bagi pekebun ...org bandar..yg tak pernah kerja kebun... Peralatan yang dibeli untuk memulakan kerja-kerja kebun:-
a) Satu unit mesin rumput terpakai
b) Topi, Kasut Getah, 36" Parang, 24" Parang, batu asah dan juga Gogles
Anggaran kos adalah RM600.