Monday, April 20, 2009

Merendahkan kecerunan Jalan masuk Utama



Bulan lepas iaitu pada 14 Feb 2009, jalan masuk utama siap dibina . Malangnya jalan itu terlalu cerun (45^o). Untuk mendakinya dengan menggunakan kenderaan agk sukar terutamanya semasa musim hujan. Pernah sekali semasa kami membeli pasir dan batu agregate (batu 3/4), Lori dari kedai hardware tidak dapat mendaki cerun ini, lalu mereka pulang semula. Sejak dari itu, sukar la bagi kami untuk membeli barang2 keperluan kebun daripada kedai hardware. Oleh itu pada 19 April 2009, sekali lagi Jcb telah dipanggil untuk merendahkan cerun bukit tersebut. Kerja2 ini memakan masa dari jam 8:30am sampai jam 1:30 tgh.






Dan pada sebelah petangnya pula, Jcb ini membersihkan sebelah depan kebun kami iaitu daripada jam 1 ptg sehingga jam 5 ptg.

No comments:

Post a Comment