Monday, July 20, 2009

(Samb....) Pembinaan Bumbung Rumah Pekerja

Pembinaan Bumbung Rumah Pekerja


Pada jam 9.00 pagi, Sabtu, 18 Julai 2009, kerja2 membina Rangka Bumbung disambung semula. Ohhhhh... pagi2 lagi matahari sudah menonjolkan sinaran yang amat memanaskan...walaupun di kawasan ini berjerebu, bahang panas matahari tetap terasa......mmm panas kering....wow..sungguh memenatkan...dan menyakitkan kepala... walaubagaimana pun ianya dapat disiapkan juga pada jam 3:00 ptg.




Pada sebelah paginya.....kami telah membeli 20 keping atap Zink Industri (12 kaki panjang ~ RM3.50 sekaki)....so, total sebayank RM840. Seleapas sahaja rangka bumbung siap dibina, iaitu kira2 jam 3:30ptg, kami pun memulakan pemasangan atap Zink sehingga ke jam 6:30 ptg....





Ahad, 19 Julai 2009, jam 9.00 pagi, kerja2 memasang atap zink disambung semula ... cuaca hari ini agak baik...panasnya tidak la sepanas seperti semalam... pada jam 2 ptg... cuaca pun mendung....dan hujan renyai2 pun bermula...ohhh ....alangkah nikmatnya..bekerja pada masa ini.....suasana begini berlarutan sehingga ptg.....bumbung atap zink siap di bina pada jam 4:00 ptg.

....

Tuesday, July 14, 2009

Pembinaan Rangka Bumbung Rumah Pekerja

Pembinaan Rangka Bumbung Rumah Pekerja
Pembinaan rumah telah lama kami tangguhkan disebabkan kekurangan modal.....maka pada tanggal 12 Julai 2009, kami telah memulakan projek pembinaan rumah tersebut.....Kami telah membeli kayu 2x3 dan kayu 2x4 ....sebayank RM900. Kerja2 dimulakan pada jam 9.15 pagi.....sehingga jam 7.30 ptg



Kerja2 akan di sambung minggu hadapan......

Membina Kolam Takungan Air






Membina Kolam Takungan Air






Oleh kerana pada masa ini adalah musim kering (Sudah bermingu2 hujan tak turun), maka pada 4 Julai 09, kami telah mengupah JCB (RM370) untuk membina Kolam Takungan Air....harap-harap hujan turun.....maka dapat juga sumber air....untuk menyiram pokok serai .... Disamping itu..jika boleh kami ingin membela ikan air tawar.......masih dalam perancangan....
Kolam yang telah siap digali....sedalam lebihkurang 7 kaki.....

Penanaman Serai & Pemasangan Pagar Dawai

Penanaman Serai

Setelah lama kami berehat, maka pada 28 Jun 09, kami telah menbeli 40 ikat (150 btg) anak benih serai daripada En Badrul. Kami tiba di kebun ini jam 10 pagi...kerana sebelum itu kami mengambil benih serai. Setiba di kebun, kami telah menggali lubang untuk menanam serai tersebut.

Tetapi malangnya, hujan sudah lama tidak turun....maka tanah kebun ini menjadi terlalu keras.... Setelah mencangkul lebih kurang 20 lubang .... mata cangkul pun bengkok....oooohhh .... keras sungguh tanah ini..di tambah pula dengan adanya batu-batu kecil....... Benih serai telah dibeli sebanyak 6,000 batang ....setiap lubang kami tanam 2 batang serai.....maknanya...kami perlu buat lubang sebayak 3,000 lubang...wooooowwww ... kalau macam ni..... mati la ......mengali satu lubang mengambil masa selama 3 minit.....kalau 3,000 lubang = 150 jam......kalau bekerja 24 jam sehari...perlukan 6.25 hari......wooooowwwww.....tak boleh jadi.....Maka, pada jam 12 tgh, kami mengambil keputusan untuk mengupah 5 orang Bangla.



Pemasangan Pagar Dawai

Oleh kerana kerja-kerja penaman serai telah di Sub kan kepada Bangla, maka pada sebelah ptgnya kami telah bersetuju untuk memasang Pagar dawai. Kami telah membeli 12 gulung dawai pagar (bersalut plastik hijau) dengan harga RM44 segulung (7kg ~ 200kaki).







Sehingga petang, cuma pagar di sebelah depan sahaja berjaya kami siap kan....oleh itu kerja-kerja seterunya akan di sambung ke minggu hadapan.